Tuesday 15 May 2012

No.9 Is The Captain!

Assalammualaikum ,
Selamat Pagi serta Salam 1 Malaysia kepada anda semua ,
:-) ...

Okay ,harini aku nak "Flashback" la kan kalau ikut kata Mat Salleh tapi kalau ikut bahasa Melayu "Kenang Kembali" ,pernah tak korang semua rindu akan sesuatu yang korang lakukan di zaman sekolah dahulu ?Mesti ada kan ,tipulah tak ada ,ahahaha ,aku rindu dengan sukan hoki yang aku suka semenjak sekolah rendah sampai sekarang ,serius aku memang rindu nak pegang gear-gear hoki aku yang complete dari atas sampai kebawah ,walaupun aku ada bermain sukan lain tapi sukan hoki ni je set dia aku simpan sampai sekarang .
Ceritanya bermula begini ,aku mula sentuh kayu hoki ni semasa aku darjah 4 ,maklumlah ko-kurikulum sekolah rendah hanya untuk darjah 4 sampai darjah 6 je ,so ,disini memang setiap kali minggu ko-kurikulum je memang aku la budak yang awal sekali tunggu cikgu dekat court sukan ,boleh dikatakan masa sekolah rendah aku kurang didedahkan dengan perlawanan luar ...Namun ...Bila masuk sekolah menengah semuanya berubah sebab aku dilatih oleh bekas Jurulatih Selangor dan Daerah Petaling ,masa sekolah menengah memang aku aktif hoki dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 ,masa tingkatan 1 aku mewakili pasukan Daerah Petaling untuk Pertandingan Hoki Antara Daerah Negeri Selangor U-14 namun pasukan ni tidak layak ke suku akhir but perjalanan kitorang tak sampai dekat situ je ,masa ditingkatan 2 ,jurulatih aku berjaya mencari beberapa pemain yang berskill tinggi dari sekolah area Damansara dan Sekolah Projek Shah Alam ,ni ada sedikit gambar masa kitorang berjaya ke Final dan menjadi Johan Selangor untuk Pertandingan Hoki Antara Daerah Negeri Selangor 2007 U-14

 Ni la Pasukan Hoki Daerah Petaling U-14 yang paling kuat sepanjang pertandingan ,hehe ,Jurulatih aku  yang berbaju belang dan yang berbaju oren di kanan hujung sekali ,aku yang duduk mencangkung dengan stoking biru tu ,hehe ,masa agak-agak muda ,haha

                                                                       Gaya bebas
                                                                         JUARA !
Tamatlah zaman kegemilangan aku bermain untuk pasukan daerah ,sobsob ,agak sedih bila diingat balik but inilah kenangan manis kitorang .Sebelum terlupa terima kasih kepada D.A Sport kerana menaja jersi kitorang ...



Then dari tingkatan 3 sampai tingkatan 5 aku bermain untuk pasukan sekolah ,mana boleh berhenti bermain hoki masa tu ,maklumlah darah pemain hoki mengalir dalam badan aku ni baik ,okay dipendekkan cerita kedua parents aku bermain hoki untuk sekolah dan maktab diorang ,ayah aku untuk maktab dia dan mak aku untuk sekolah dia ,nak dipendekkan cerita aku sepanjang sekolah menengah aku showkan korang gambar masa Perlawanan Hoki antara Sekolah-Sekolah daerah Petaling ...

Okay dalam photo ni aku tengah tahan bola yang dipukul pihak lawan ,yang stoking putih tula aku .

Pasukan aku mengambil Shot Corner .

Okay ,nak diceritakan aku Kapten masa form sebab senior aku dah habis sekolah dan coach sekolah pilih aku untuk jadi kapten sekolah ,bangga wokk !ahahaha

Dengan jersi yang bernombor kegemaran aku .

Ni first game kitorang so ada sedikit taklimat dari aku dan bacaan doa .

Namun ,zaman aku bermain hoki sampai tingkatan 5 sahaja sebab selepas itu aku habis sekolah dan tak berpeluang nak main dalam pasukan Ipt sebab dekat tempat study aku tak ada sukan hoki ,sedih oi ,huhu

Sampai disini sahaja cerita aku ketika zaman sekolah ,walauapapun aku masih merindui sukan hoki dan kalau boleh nak main balik ooo ,okay anda semua ,till here then ,Assalamualaikum ...

Tuesday 1 May 2012

Yes , I'm Last Minute! ...

Salam dan Hi kepada pembaca sekalian , okay , dalam topik pertama aku ni aku nak cakap sikit tentang minat aku dalam muzik . Al-kisahnya bermula ketika aku di tingkatan 4 , time tu aku tak tahu apa pun dalam muzik yang aku tahu just menyanyi , dengar lagu dalam radio atau dekat youtube , memang noob gila ...haha , then kawan sekelas aku and ada seorang lagi budak kelas lain yang also kawan aku ni pandai main alat muzik pun berceritalah tentang muzik then dari situ kitorang terfikir nak pergi jamming dekat tempat jamming dekat Putra Perdana , Sepang .


 

Aku ni harapkan lagu indie je banyak dalam phone tapi sengar sekali-sekala so memang tak menghafal la lirik-liriknye ...kuikuikui , walau macam mana pun aku start belajar main gitar ni masa tingkatan 5 , memang perfect arr time nak SPM la gatal-gatal nak belajar gitar , tapi result aku baik okay ...hehe , Hatta , setelah aku berjaya menuntut ilmu dari kawan-kawan aku yang tak lekang dengan ilmu muzik ni aku pun dengan classmate aku tubuhkan sebuah band yang diberi Broken Glass ..,Ha , asalnya nama band ni aku guna time form 4 dengan budak class aku yang selalu pergi jamming but digunakan balik untuk band aku , berbalik kepada cerita tadi after ditubuhkan aku pun start cari tukang lead , tukang ketuk drum dan juga bassist , memang band ni ramailah ahli dia sebab tukang rythym je dah 2 orang , ha , terbaik , hahaha , perjalanan band ni tak lama pun sebab after that ahli-ahli dia masing-masing bawa diri , namun kalau nak pergi jamming aku akan join band member aku , band dia asalnya memang 4 tapi dah disebabkan tukang bass dia junior kitorang yang selalunya sibuk dia pun sign out dari band tu yang namanya Last Minute!


 

Aku dengan bassist asal Broken Glass selaku kawan baik aku pun join band ni and time ni kitorang macam bergabung je sebagai Project Band but after a few month aku diberi peluang untuk join band member aku ni (Last Minute!) , orang dah bagi lampu hijau siapa tak nak ...hehe , then aku jadi vokalis untuk band Last Minute! sampai sekarang , kitorang ada berapa buah lagu and sekarang pun member aku yang selaku drummer tengah merecordkan lagu kitorang , orang lain pergi studio nak record but kitorang pergi rumah dia kalau nak record , wa cakap lu bilik dia dah macam studio ...haha , sebelum aku terlupa kawan-kawan band aku ni satu sekolah yang berbeza hanya kelas je , maklumlah turutan kelas ikut A B C ...bhahaha


 

Sampai disini sahaja cerita aku untuk minggu ini , ermm , memang manis bila ingat balik jamming time bersekolah , ehh , kitorang tak ponteng sekolah okay , kitorang siap perform untuk hari guru serta hari usahawan , ha , nampak tak ....hahahaha , okaylah guys , aku menarik diri dulu ...


 


Inilah band aku , ni aku ambil dari keratan Majalah Yezz ...hehe , bolehlah dapatkan dekat 7Eleven atau kedai buku berhampiran tempat korang tapi edisi ni yang bulan 3 ke 4 aku pun dah lupa ...bhahah

ASSALAMMUALAIKUM ...